Sejarah Blu Ray

Sejarah Blu Ray

Pada tahun 1998, set HDTV komersial memasuki pasaran pengguna; namun, tiadanya cara yang berkesan dan murah untuk merakam atau memainkan kandungan HD. Memang tiada satu pun media boleh menyimpan amaun data sebegitu, kecuali Digital VHS JVC dan HDCAM Sony.[2] Namun begitu, adalah dikeahui bahawa penggunaan laser dengan jarak gelombang lebih pendek akan membolehkan storan optik berkemampatan tinggi. Penciptaan diod laser biru yang praktikal oleh Shuji Nakamuratimbul sebagai sensasi, namun tuntutan mahkamah paten yang berpanjangan menangguhkan pengeluaran komersial.[3]


Asal-usul

Sony memulakan dua projek yang menggunakan diod-diod baru itu: UDO(Ultra Density Optical) dan DVR Blue (bersama Pioneer), satu format cakera boleh tulis semula yang kemudian menjadi Cakera Blu-ray (khususnya, BD-RE).[4] Teknologi-teknologi teras format-format ini serupa pada asasnya.

Prototaip-prototaip DVR Blue yang pertama didedahkan di pameran CEATECpada bulan Oktober 2000.[5] Oleh sebab piawaian Cakera Blu-ray meletakkan lapisan rakaman data agak rapat pada permukaan cakera, cakera-cakera awal amat terdedah pada pengotoran dan calar dan terpaksa dilitupkan dalam kartrij plastik untuk perlindungan. Pada Februari 2002, projek itu dirasmikan sebagai Blu-ray,[6] dan Persatuan Cakera Blu-raydiasaskan oleh sembilan ahli awal.

Peranti pengguna pertama berada di kedai pada 10 April 2003. Peranti ini merupakan Sony BDZ-S77; perakam BD-RE yang hanya didapati di Jepun. Harga yang dicadangkan ialah AS$3800;[7] namun belum ada lagi piawaian untuk video prarakam dan tiadanya filem yang dikeluarkan untuk pemain ini. Piawaian Cakera Blu-ray masih bertahun-tahun ke hadapan, kerana sistem DRM yang baru dan terjamin diperlukan sebelum dapat diterima studio-studio Hollywood tanpa hendak mengulangi kegagalan Content Scramble System untuk DVD.


Saingan dari HD DVD

Forum DVD (yang dikerusi Toshiba) asalnya amat berbelah-bagi sama ada untuk meneruskan dengan laser biru yang lebih mahal atau tidak. Pada bulan Mac 2002, forum ini mengundi meluluskan cadangan yang didukung Warner Bros. dan studio filem lain yang melibatkan pemampatan kandungan HD pada cakera dwilapisan DVD-9.[8][9] Sungguhpun begitulah keputusannya, namun Jawatankuasa Pengemudian Forum DVD mengumumkan pada bulan April hasratnya untuk memajukan idea definisi tinggi laser biru sendiri.[10] Pada bulan Ogos, Toshiba dan NEC mengumumkan piawaian saingannya iaitu Advanced Optical Disc.[11] Piawaian itu akhirnya diterima oleh Forum DVD Forum lalu dinamakan semula HD DVD pada tahun berikutnya,[12] selepas dua kali ditolak secara undian oleh ahli-ahli Persatuan Cakera Blu-ray, lalu mendorong Jabatan Keadilan A.S. untuk mengjalankan siasatan awal dalam situasi ini.[13][14]


Penetapan format Cakera Blu-ray

Spesifikasi fizikal Cakera Blu-ray selesai pada tahun 2004.[15] Pada Januari 2005, TDK mengumumkan pengembangan polimer lapisan kerasnya untuk Cakera Blu-ray[16], maka kartrij-kartrij perlindungan tidak diperlukan lagi. Spesifikasi BD-ROM ditetapkan pada awal tahun 2006.[17] AACS LA, sebuah konsortium yang diasaskan pada tahun 2004,[18] telah memajukan platform DRM yang boleh digunakan untuk mengedarkan filem kepada pengguna dengan selamat. Namun begitu, piawaian AACS muktamad tertangguh,[19]kemudian tertangguh lagi apabila seorang ahli penting dalam kumpulan Cakera Blu-ray menyuarakan kebimbangan.[20] Atas permintaan pengeluar peranti terawal, termasuk Toshiba, Pioneer dan Samsung, diterbitkan satu piawaian sementara yang tidak merangkumi beberapa ciri-ciri, seperti salinan terurus.[21]


Perkembangan pelancaran dan jualan

Pemain BD-ROM terawal diedar pada pertengahan Jun 2006, namun pemain HD DVD sudah ada di pasaran sejak beberapa bulan sebelumnya.[22][23]

Judul-judul Cakera Blu-ray terawal keluar pada 20 Jun 2006, menggunakan mampatan video MPEG-2, iaitu kaedah sama yang digunakan padaDVD. Keluaran pertama yang menggunakan codec VC-1 dan AVC yang baru diperkenalkan pada bulan September 2006.[24] Fielm-filem pertama yang menggunakan cakera dwilapisan (50 GB) diperkenalkan pada bulan Oktober 2006.[25]

Pemacu Cakera Blu-Ray boleh tulis semula pasaran massa yang pertama untuk PC ialah BWU-100A keluaran Sony pada 18 Julai 2006. Pemacu ini merakam kedua-dua cakera BD-R lapisan tunggal dan ganda serta cakera BD-RE dan berharga AS$699.

HD DVD mendahului di pasaran video definisi tinggi sementara jualan Cakera Blu-ray mula-mulanya agak lembab. Pemain Cakera Blu-ray pertama didapati mahal dan tidak sempurna, lebih-lebih lagi tidak banyak judul BD yang ada.[26] Keadaan ini berubah apabila keluarnyaPlayStation 3, kerana setiap unit PS3 juga berfungsi sebagai pemain Cakera Blu-ray Disc. Menjelang Januari 2007, Cakera Blu-ray mengatasi HD DVD,[27] dan ketika tiga suku pertama tahun 2007, BD mendahului HD DVD dua lawan satu.[28]


Tamatnya perang format

Pada bulan Januari 2008, sehari sebelum CES 2008, Warner Bros.,satu-satunya studio utama yang mengeluarkan filem dalam kedua-dua format HD DVD dan Cakera Blu-ray, mengumumkan bahawa pihaknya akan hanya mengeluarkan filem dalam Cakera Blu-ray selepas bulan Mei 2008. Ini turut melibatkan sudio-studio lain di bawah bumbung Warner,seperti New Line Cinema dan HBO. Ini membawa kepada tindak balas rantai dalam industri, termasuk peruncit utama AS seperti Wal-Mart menggugurkan HD DVD dari jualan. Sebuah peruncit besar Eropah, iaitu Woolworths, turut menggugurkan HD DVD dari bekalannya. Netflix, laman penyewaan DVD Internet utama mengumumkan pemberhentian bekalan HD DVD baru. Berikutan perkembangan ini, pada 19 Februari 2008, Toshiba mengumumkan penamatan pengeluaran peranti HD DVD[29], sekaligus membolehkan Cakera Blu-ray menjadi piawaian industri untuk cakera optik definisi tinggi. Universal Studios, satu-satunya studio perfileman utama yang menyokong HD DVD sejak pengenalan, berkata sejurus selepas pengumuman Toshiba itu, “walaupun Universal menghargai persahabtan rapat yang kita berkongsi dengan Toshiba, masanya telah tiba untuk mengalihkan tumpuan kita pada pengeluaran judul-judul baru dan katalog dalam Cakera Blu-ray.”[30] Paramount Studios yang mula mengeluarkan filem hanya dalam format HD DVD ketika akhir tahun 2007, juga meluahkan hasratnya untuk memulakan pengeluaran dalam Cakera Blu-ray. Oleh itu, semua studio Hollywood utama kini mendukung Cakera Blu-ray. [31]

5 thoughts on “Sejarah Blu Ray

  1. aziz mengatakan:

    Hee Waw mantepppp

  2. knpisvqdnx mengatakan:

    B73Sln iyapfxrfbjcf, [url=http://ixnyjujscgph.com/]ixnyjujscgph[/url], [link=http://igxlpztrwgqs.com/]igxlpztrwgqs[/link], http://hnplthsydkly.com/

  3. kvmmcvcmbuj mengatakan:

    WL4hC7 zvknulqonbkm, [url=http://cgamadkztpfb.com/]cgamadkztpfb[/url], [link=http://iisirrtvsgqe.com/]iisirrtvsgqe[/link], http://pbhuehwxlnoz.com/

  4. are-u mengatakan:

    TERBAIK OWH……..
    HUHUUHUHUU,………

  5. fiki mengatakan:

    thx bro ulasan’a bantu tugas kampus gw nih … ^O^

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s